Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Assad ampuni ribuan banduan kecuali pengganas

Jun 10, 2014 | 10:46 AM



DAMSYIK (Syria): Presiden Bashar Al-Assad semalam mengumumkan pengampunan bagi kesemua jenis kesalahan, menyusuli kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden yang diadakan minggu lalu.


Agensi berita Agence France-Presse (AFP) menukil laporan dari akhbar rasmi Parti Baath, Thawra, yang menyatakan pihak berkuasa Syria telah menyiapkan senarai 1,000 nama orang-orang "yang tidak terlibat dalam sebarang tindakan pengganasan".


Ia juga menambah, 490 orang telah dibebaskan sejak pilihan raya minggu lalu.


Akhbar itu juga menyatakan tumpuan pengampunan adalah terhadap sejumlah besar banduan yang ditahan dalam penjara atas kesalahan-kesalahan ringan dan tidak didakwa di mahkamah untuk dibicarkan kepada terdapat tunggakan kes di mahkamah.


Perintah pengampunan ini adalah yang terbesar sejak penentangan terhadap Bashar yang bermula pada Mac 2011.


Sekiranya pengampunan itu dilaksanakan, berpuluh-puluh ribu tahanan penjara dijangka akan dibebaskan, namun menurut kumpulan hak asasi, dekri pengampunan yang dikeluarkan sebelum ini tidak dilaksanakan sepenuhnya dan menyebabkan beribu-ribu tahanan masih dalam penjara. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >