Australia benarkan sesetengah pelajar China kembali selepas sekatan koronavirus, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Australia benarkan sesetengah pelajar China kembali selepas sekatan koronavirus

Feb 22, 2020 | 04:25 PM

MELBOURNE: Kerajaan Australia berkata mereka akan membenarkan sesetengah pelajar China kembali hari ini (22 Feb) selepas melarang mereka memasuki negara itu akibat sekatan koronavirus.

Ini membuka semula pintu bagi pasaran yang penting bagi ekonomi Australia.

Ribuan pelajar China yang dilarang memasuki Australia bagi meneruskan pengajian selepas cuti musim panas bulan ini apabila pihak berkuasa negara itu mengenakan sekatan bagi kebanyakan penduduk dari China.

Menurut kerajaan Australia lagi, ini bermakna sekitar 760 pelajar China di peringkat sekolah menengah – tiada di antara mereka dari Hubei – boleh memohon kembali ke negara itu.

Permohonan mereka akan dinilai dan mereka yang permohonannya diluluskan perlu menjalani kuarantin 14 hari sejurus tiba di Australia, tambahnya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menteri Pendidikan Dan Tehan berkata kerajaan akan seterusnya mempertimbangkan langkah membenarkan pelajar di peringkat pengajian tinggi dari China kembali ke negara itu. – Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map