Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia beri amaran kebakaran belukar dijangka meningkat

Gelombang haba serius dorong suhu beberapa daerah Sydney ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Mar 08, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Pegawai kerajaan Australia pada Selasa memberi amaran tentang peningkatan risiko kebakaran belukar di kawasan timur negara itu sedang gelombang haba yang serius mendorong suhu di beberapa daerah termasuk Sydney ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.



Ini berlaku selepas kira-kira dua tahun lalu berlakunya banjir dan hujan yang kerap di kawasan yang sama.



Sebanyak 33 kebakaran belukar sedang berlaku di merata negeri New South Wales (NSW), negeri paling ramai penduduk di Australia dengan Sydney merupakan ibu kotanya, dengan 12 lagi kebakaran belum dapat dikawal.



NSW adalah negeri yang mempunyai satu pertiga penduduk Australia.



Lima sekolah awam telah ditutup di tengah-tengah larangan kebakaran sepenuhnya di kebanyakan bahagian besar negeri itu.



Dua kebakaran belukar telah diturunkan daripada paras amaran kecemasan semalaman, tetapi pegawai berkata ia boleh marak semula.



"Akan menjadi satu lagi hari yang sukar buat anggota bomba, dan berpotensi sehingga esok sebelum kami mendapat sedikit kelegaan," kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW, Encik Rob Rogers, kepada televisyen ABC.



"Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mengawal kebakaran ini."



Sejauh ini tiada kecederaan dilaporkan daripada kebakaran belukar terbaru, namun pihak berkuasa berkata beberapa penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan yang terjejas.



Banyak kawasan di NSW pada Isnin mencatatkan hari terpanas sejak Januari 2021 dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.



Suhu diramalkan mencecah angka pertengahan hingga tinggi 30 darjah Celsius pada Selasa, tetapi keadaan diramalkan reda mulai Khamis.



Biro Meteorologi menyatakan keadaan panas dan kering serta angin kencang yang bertiup akan meningkatkan tahap bahaya kebakaran.



Pihak berkuasa di NSW sedang memerangi kebakaran belukar paling teruk sejak kebakaran dahsyat pada 2019 dan 2020 di timur Australia yang mengorbankan 33 orang, berbilion haiwan dan membakar kawasan hampir separuh saiz Jerman.



Sejak akhir 2020, cuaca Australia telah didominasi oleh La Nina, yang membawa lebih banyak hujan dan banjir.



Tetapi keadaan cuaca itu "kemungkinan hampir sampai ke penghujungnya" dan keadaan neutral - yang bukan La Nina atau yang bertentangan dengan El Nino - berkemungkinan berlaku sepanjang musim luruh, kata biro cuaca itu minggu lalu.



"Orang ramai selalu memikirkan dan melihat banjir sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan mereka tidak benar-benar memikirkan tentang penyediaan kebakaran mereka," kata inspektor Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW, Encik Ben Shepherd kepada Sky News.



Australia telah mengalami ribut La Nina ketiga tahun lalu, menyebabkan banjir besar pada Mac dan Oktober di sepanjang pantai timur yang padat dengan penduduk dan menyaksikan Sydney mencatat tahun paling banyak limpahan hujan dalam tempoh 164 tahun. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >