Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia dilanda lambakan labah-labah berbisa sejurus bah

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



AUSTRALIA baru-baru ini bukan hanya dilanda banjir besar di negeri New South Wales, bahkan ada rumah penduduk di situ yang 'dibanjiri' labah-labah.



Ini berlaku kerana sedang haiwan cuba mencari tempat perlindungan daripada antara banjir besar dalam sejarah negeri itu.



Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran bahawa terdapat sebilangan haiwan termasuk labah-labah paling berbisa di dunia mungkin memenuhi tempat kediaman di negeri itu dan beberapa tempat di pinggir bandar Sydney.



Penduduk mulanya menyambut keadaan banjir yang kian reda namun kemudian menerima 'peringatan penting' kemungkinan menghadapi lambakan labah-labah 'funnel-web' yang gigitannya boleh membawa maut.



Pengarah Taman Reptilia Australia, Encik Tim Faulkner, berkata cuaca baik dan tahap kelembapan tinggi adalah cukup baik untuk labah-labah 'funnel-web' berkerumun dalam tempoh beberapa hari akan datang.



"Banjir besar yang kita hadapi di seluruh kawasan Greater Sydney, menyebabkan labah-labah ini berada di luar habitat mereka dan akan mencari tempat berlindung di kawasan yang lebih kering.



"Malangnya, ini bermakna mereka mungkin akan cuba masuk ke kawasan perumahan," katanya dalam satu kenyataan.



Gambar ribuan labah-labah menyelamatkan diri daripada banjir tular di media sosial, dan mencetus kebimbangan apabila araknid itu dilihat memanjat pagar dan bangunan untuk menyelamatkan diri.



Labah-labah 'funnel-web' Sydney amat ditakuti kerana memiliki bisa yang sangat toksik dan bertindak pantas, serta memiliki rekod 13 kematian akibat gigitannya setakat ini.



Namun, tiada individu dipercayai maut akibat gigitan labah-labah itu selepas program antibisa diperkenal pada 1980-an.



Taman Reptilia Australia yang membekalkan antibisa, menggalakkan orang ramai yang berkeupayaan, untuk menangkap dan menghantar labah-labah 'funnelweb' yang berkeliaran ke kemudahan tertentu.



Sementara itu, penangkap ular profesional, Encik Stuart Johnson, dari Reptile Solutions di Port Macquarie, mengatakan bahawa kenaikan paras air secara dramatik mungkin mendorong semua jenis hidupan liar untuk bersembunyi.



"Saya mendapat beberapa panggilan mengenai ular yang telah sampai di beranda dan masuk ke bangsal serta tempat lain seperti itu di tempat kediaman yang terjejas, hanya untuk mencari perlindungan," katanya.



Encik Johnson memberi amaran bahawa sedang penduduk memulakan tugas membersihkan rumah mereka, mereka mungkin menemui ular dan hidupan liar lain yang terperangkap atau mencari perlindungan di dalamnya.



"Dalam keadaan unik ini, haiwan-haiwan itu kemungkinan besar sedang mengalami tekanan, cedera dan berpotensi meningkatkan kemungkinan mereka mahu mempertahankan diri melalui gigitan atau sengatan," katanya. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >