Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia enggan ambil risiko, tidak tergesa-gesa buka sempadan antarabangsa: PM Morrison

Apr 18, 2021 | 12:54 PM



MELBOURNE: Australia tidak akan tergesa-gesa membuka semula sempadan antarabangsa yang berisiko menjejas gaya hidup penduduknya yang hampir bebas koronavirus kini, kata Perdana Menteri, Encik Scott Morrison pada Ahad (18 April). 



Australia menutup sempadannya buat semua individu bukan warga negara dan bukan penduduk Australia pada Mac 2020 dan hanya membolehkan kedatangan antarabangsa individu dalam jumlah terhad sejak beberapa bulan lalu. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia yang kembali dari luar negara.



Penutupan sempadan, bersama perintah berkurung atau 'snap lockdown' (sekatan tahap empat), proses jejak kontak yang tangkas dan disiplin tinggi dalam masyarakat yang patuh pada langkah keselamatan, menjadikan Australia salah sebuah negara paling berjaya di dunia dalam mengekang pandemik ini. Ia mampu menghadkan kes koronavirus di bawah perangkaan 29,500 jangkitan dan 910 kematian.



"Australia tidak tergesa-gesa membuka semula sempadan, saya berikan anda jaminan ini.



"Saya tidak akan meletakkan penduduk dalam risiko (kes koronavirus kembali menular) melihat pada keadaan kita menjalani hidup kita ini yang sangat berbeza daripada negara lain di dunia hari ini," jelas Encik Morrison dalam satu taklimat yang disiarkan di televisyen Australia.



Sejak beberapa bulan lalu, kecuali beberapa perintah berkurung yang ringkas tempohnya, warga Australia mampu keluar makan, berhimpun secara bebas dan berhenti daripada memakai pelitup muka di kebanyakan tempat. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >