Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Australia ketuai misi mencari MH370 di koridor selatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Australia ketuai misi mencari MH370 di koridor selatan

Mar 17, 2014 | 01:33 PM

SYDNEY: Australia akan mengetuai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di 'koridor selatan'.

Mendedahkan hal ini hari ini, Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott menyifatkannya sebagai operasi terbesar bagi mengesan pesawat yang hilang sejak 10 hari lalu.

Siasatan Kerajaan Malaysia mendapati pesawat berkenaan sengaja dialihkan laluan dan terbang selama beberapa jam selepas terkeluar daripada laluan asal sama ada ke Asia Tengah atau menuju selatan Lautan Hindi.

Awal sebelum ini Encik Abbott telah menyatakan beliau tiada maklumat mengenai MH370.

Katanya, beliau memberi maklum balas atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau (Najib) minta Australia supaya bertanggungjawab dalam misi SAR di koridor selatan yang Malaysia jangka menjadi salah satu laluan kemungkinan diambil pesawat berkenaan.

"Saya memberikan persetujuan. Saya tawar kepada Perdana Menteri Malaysia untuk hantar sumber pemantauan kelautan yang beliau (Najib) sambut baik," katanya. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3