Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia kurangkan had pendatang tahunan 15 peratus

Mar 20, 2019 | 02:44 PM



SYDNEY: Australia hari ini (20 Mac) mengurangkan pengambilan pendatang tahunan hampir 15 peratus, dan menghalang pendatang baru daripada menetap di bandar-bandar besar selama tiga tahun bagi mengurangkan kesesakan bandar.



Perdana Menteri Scott Morrison - yang jauh ketinggalan dalam undian menjelang pilihan raya persekutuan Mei ini - berharap dapat memanfaatkan rasa kecewa yang meningkat di kalangan pengundi berhubung harga rumah dan kesesakan, yang dilihat berlaku akibat pertumbuhan penduduk.



"Ini adalah masalah praktikal yang warga Australia mahu lihat ia ditangani," Encik Morrison memberitahu wartawan di Canberra selepas mengumumkan langkah memotong pengambilan pendatang tahunan kepada 160,000 daripada 190,000 sebelum ini.



Perubahan dasar imigresen itu dilakukan sedang Australia menyemak dasar terhadap pendatang selepas kematian sekurang-kurangnya 50 orang dalam kejadian tembakan di dua masjid di bandar Christchurch di New Zealand.



Warga Australia, Brenton Tarrant, 28 tahun, disyaki seorang yang percaya pada ketuanan kulit putih, dituduh membunuh dengan melepaskan tembakan di dua masjid itu semasa solat Jumaat.



Satu undian ReachTel yang disiarkan September lalu menunjukkan 63 peratus penduduk Sydney menyokong had ke atas bilangan pendatang yang berpindah ke bandar-bandar terbesar Australia.



Encik Morrison berkata had itu merangkumi tempat bagi sehingga 23,000 orang yang boleh berhijrah ke Australia di bawah visa kemahiran baru.



Mereka boleh mendapat penginapan tetap selepas menginap di luar bandar-bandar besar Australia selama tiga tahun, tambahnya.



Mereka dilarang daripada menetap di Melbourne, Perth, Sydney atau Gold Coast -- tempat prasarana terlalu banyak digunakan, kata menteri imigresen, Encik David Coleman. 



Pihak berkuasa memerlukan bukti alamat kediaman dan kerja dalam permohonan akan datang bagi penginapan tetap sebagai cara penguatkuasaan, tambahnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >