Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Australia lulus undang-undang wajibkan firma teknologi bayar kandungan berita

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Parlimen Australia semalam meluluskan satu undang-undang penting yang mewajibkan syarikat gergasi digital global membayar kandungan berita tempatan, dalam satu langkah yang diawasi dengan teliti di seluruh dunia.



Undang-undang itu diluluskan dengan mudah selepas satu kesepakatan pada detik-detik akhir yang merubah peraturan yang ditentang keras oleh Facebook dan Google, dan sebagai ganti syarikat gergasi teknologi itu bersetuju membayar syarikat media tempatan.



Undang-undang baru itu membuka jalan bagi Google dan Facebook untuk melabur puluhan juta dolar dalam kandungan berita tempatan, dan boleh menjadi model untuk menyelesaikan pertikaian dua syarikat teknologi itu dengan pengawal selia di seluruh dunia.



Google kini akan membayar kandungan berita yang muncul di bawah produk 'Showcase', dengan Facebook dijangka membayar penyedia berita yang muncul di bawah produk 'Berita', yang akan dilancarkan di Australia akhir tahun ini.



Pihak pengawal selia menuduh syarikat-syarikat itu, yang menguasai iklan dalam talian, mengalirkan wang tunai daripada pertubuhan berita tradisional sambil menggunakan kandungan mereka secara percuma.



Syarikat teknologi besar telah menentang undang-undang itu sejak awal, khuatir ia akan mengancam model perniagaan mereka.



Khususnya, syarikat tersebut menentang peraturan yang mewajibkan rundingan dengan syarikat media dan memberikan hak penimbang tara Australia yang bebas untuk menetapkan penyelesaian kewangan.



Prospek penentangan itu berkurangan oleh pindaan pemerintah pada undang-undang itu pada saat-saat akhir.



"Yang penting, tatalaku itu mendorong pelbagai pihak untuk melakukan rundingan komersial di luar tatalaku tersebut dengan kerajaan senang melihat kemajuan yang dibuat oleh Google dan baru-baru ini Facebook dalam mencapai perjanjian komersial dengan syarikat media berita Australia," kata Menteri Kewangan Josh Frydenberg dalam satu kenyataan.



Google juga ingin mengelakkan insiden itu menjadi contoh bahawa platform sepertinya harus membayar siapa pun dari segi pautan, sesuatu yang akan menjejas besar operasi mesin pencari utamanya.



Facebook - yang kurang bergantung pada kandungan berita - pada mulanya mengatakan keadaan di mana mereka terpaksa membayar bagi berita adalah tidak berbaloi dan minggu lalu memotong akses ke kandungan berita buat pengguna Australia.



Kerajaan Australia berkata undang-undang baru itu akan memastikan syarikat pengeluar berita "mendapat imbalan yang cukup bagi kandungan yang mereka hasilkan, membantu mempertahankan kewartawanan berkepentingan umum di Australia". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >