SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Australia luluskan vaksin Pfizer bagi kegunaan remaja 12 hingga 16 tahun

Australia luluskan vaksin Pfizer bagi kegunaan remaja 12 hingga 16 tahun

Jul 24, 2021 | 5:30 AM

Australia luluskan vaksin Pfizer bagi kegunaan remaja 12 hingga 16 tahun

2fe2c80f-ff8e-4dee-a10c-6d4c3002c533
-

SYDNEY:Agensi pengawal dadah di Australia telah meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer untuk digunakan oleh remaja berusia 12 hingga 15 tahun, kata Menteri Kesihatan Federal Greg Hunt semalam, dengan negara itu bergelut menangani penularan varian Delta di tiga negeri.

Pentadbiran Barangan Terapeutik telah menilai bukti di dalam dan luar negara sebelum meluluskan vaksin tersebut bagi kegunaan kumpulan usia tersebut, kata Encik Hunt, menerusi satu kenyataan.

Minggu lalu, beberapa negara lain di Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Britain telah meluluskan penggunaan vaksin tersebut bagi kanak-kanak.

Sebelum ini, vaksin Pfizer hanya diluluskan bagi kegunaan mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas di Australia.

Panel vaksinasi Australia akan memberi bimbingan berhubung kumpulan remaja yang diutamakan dalam program vaksin terkini ini dan tempat ia akan dilakukan, kata Encik Hunt.

Cara Australia menangani pandemik ini dianggap sebagai lebih baik daripada beberapa negara maju lain, tetapi strategi mengenakan sekatan menyeluruh atau lockdown yang dilaksana berulang kali, serta program vaksinasi nasional yang kurang mendapat sokongan awam mengecewakan.

Buat masa ini, terdapat 32,400 kes di Australia dan angka korban ialah 915.

Perdana Menteri Scott Morrison, kelmarin, memohon maaf kerana program vaksinasi yang kurang mendapat sambutan, sedang pemerintah negara itu cuba memperhalusi strategi vaksinasi demi mencapai sasaran vaksinasi dalam kalangan orang dewasa yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

Buat masa ini, kurang 15 peratus penduduk dewasa di Australia telah mendapatkan vaksinasi penuh. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg