Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia patahkan komplot pengganas mahu jatuhkan pesawat

Jul 31, 2017 | 05:30 AM



SYDNEY: Pihak berkuasa Australia berjaya mematahkan 'rancangan pengganas' yang mahu menjatuhkan pesawat menggunakan alat peledak improvisasi (IED) selepas tertangkapnya empat individu dalam satu serbuan di Sydney.



Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull berkata operasi bersama membanteras keganasan kelmarin berjaya menggagalkan rancangan pengganas mahu menjatuhkan pesawat.



"Saya boleh melaporkan bahawa satu operasi antipengganas dijalankan bersama bagi mematahkan komplot pengganas mahu menjatuhkan sebuah pesawat," kata beliau kepada wartawan.



Encik Turnbull menambah bahawa kawalan keselamatan lebih ketat dikenakan di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa.



"Semua penumpang dimaklumkan agar tiba dua jam lebih awal bagi tujuan pemeriksaan," ujarnya.



Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan sama ada rancangan itu disasarkan kepada penerbangan domestik atau antarabangsa, tetapi Daily Telegraph Sydney melaporkan bahawa ia menyasarkan penerbangan dalam negeri.



Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia Andrew Colvin berkata semua suspek yang ditahan dalam siri serbuan seluruh Sydney itu semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan rancangan kumpulan radikal Islam.



"Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penguat kuasa undang-undang menyedari terdapat maklumat mengatakan bahawa beberapa individu di Sydney merancang mahu melakukan serangan ganas menggunakan IED," katanya.



Menurut beliau, polis masih belum mempunyai maklumat berhubung serangan, lokasi, tarikh atau masa kerana penyiasatan dijangka mengambil masa yang lama dan berlarutan.



Encik Turnbull berkata komplot itu kelihatan lebih rumit daripada sesuatu yang direka seorang individu, namun tahap amaran pengganasan nasional akan kekal di tahap 'kemungkinan'.



Canberra menarik semula amaran berjaga-jaga pada September 2014 dan memperkenalkan undang-undang keselamatan kebangsaan baharu ketika meningkatnya kebimbangan terhadap serangan individu dipengaruhi pertubuhan seperti ISIS.



Beberapa serangan ganas telah berlaku di Australia, temasuk ke atas sebuah kafe pada 2014 di mana dua tebusan terkorban, dan dalam satu kejadian berasingan pada 2015, seorang anggota polis Sydney dibunuh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.



Dalam operasi antipengganasan kelmarin, empat lelaki ditahan selepas polis bersenjata menyerbu kediaman di sekurang-kurangnya empat kejiranan, namun nama dan usia lelaki itu tidak didedahkan.



Saluran televisyen Seven Network melaporkan bahawa 40 pegawai polis pencegah rusuhan bergerak ke arah sebuah kediaman di Surry Hills dan siaran televisyen menunjukkan seorang lelaki yang kepalanya dibalut dan diselubungi selimut digiring pegawai polis.



Beberapa jalan di kejiranan itu turut dikepong sedang penyiasat dan pegawai forensik membalut dan mengeluarkan beberapa barangan daripada rumah itu.



Sementara itu, Menteri Kehakiman Australia, Encik Michael Keenan, berkata sejumlah 12 serangan, sebelum pengumuman terakhir dibuat, telah dapat dicegah beberapa tahun kebelakangan ini, manakala 70 orang telah didakwa.



"Ancaman utama kepada Australia masih merupakan individu yang bergerak sendirian, tetapi orang-orang yang mempunyai rancangan dan keupayaan menyerang yang sofistikated masih merupakan ancaman sebenar," kata beliau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >