Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Australia: Pencarian MH370 di kawasan yang betul

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Australia: Pencarian MH370 di kawasan yang betul

Dec 03, 2015 | 10:52 AM

CANBERRA (Australia): Pihak berkuasa Australia berkata analisis terbaharu mengesahkan bahawa usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang dibuat di kawasan yang betul.

Pasukan pencari sudah membuat carian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi sejak tahun lalu tetapi setakat ini belum menemui sebarang jejak pesawat malang itu.

Sirip sayap pesawat itu ditemui dihanyutkan di Pulau Reunion pada Julai lalu.

Analisis terbaharu daripada sebuah agensi Kementerian Pertahanan menyebut 'paling berkemungkinan' tempat terakhir pesawat itu adalah dalam kawasan carian.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, dalam satu kenyataan berkata analisis terbaharu menunjukkan penerbangan pesawat malang itu paling berkemungkinan berakhir di bahagian selatan kawasan carian sekarang.

Justeru, pasukan pencari akan bertumpu di lokasi itu dan melebarkan sedikit sempadan carian.

Pesawat itu, Boeing 777 dengan 239 orang penumpang dan kru hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Carian di kawasan sekarang yang berada lebih 1,800 kilometer di barat daya Australia, bermula pada Oktober tahun lalu.

Carian di kawasan itu adalah berdasarkan maklumat satelit yang menjejak penerbangan pesawat itu. - BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3