Australia perluas vaksinasi libat sejuta kanak-kanak usia 12 hingga 15 tahun, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Australia perluas vaksinasi libat sejuta kanak-kanak usia 12 hingga 15 tahun

Sep 14, 2021 | 05:30 AM

SYDNEY: Australia akan memperluas usaha vaksinasi Covid-19 untuk melibatkan sekitar sejuta kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 15 tahun sedang ia mendapat bekalan tambahan dalam usaha meningkatkan kadar inokulasi di tengah-tengah lonjakan jangkitan.

Negara itu sedang berusaha mengawal gelombang ketiga koronavirus daripada varian Delta yang pantas menular dan telah melaksanakan sekatan di bandar-bandar terbesarnya, Sydney dan Melbourne.

Ia juga mempercepat pelancaran vaksin yang pada awalnya lambat.

Kenaikan kes jangkitan yang berterusan itu telah mendorong pihak berkuasa untuk mendapatkan bekalan vaksin kecemasan.

Tambahan 1 juta dos Moderna telah dibeli dari Kesatuan Eropah pada Ahad lalu sementara perjanjian pertukaran vaksin dengan Britain dan Singapura telah dilaksanakan dalam dua minggu terakhir.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Leftenan Jeneral John Frewen, ketua pasukan petugas vaksinasi, berkata akan ada cukup vaksin dari pertengahan Oktober untuk vaksinasi sepenuhnya setiap orang yang memenuhi syarat.

"Kami mempunyai bekalan, kami rasa kami memiliki jaringan pengedaran dan sekarang ia benar-benar terpulang kepada orang ramai untuk tampil, mendaftar dan mendapatkan vaksin," kata Leftenan Jeneral Frewen kepada penyiar setempat, ABC semalam.

Dengan kadar vaksinasi dos pertama mencapai hampir 80 peratus di New South Wales, beberapa sekatan ketat telah dilonggarkan bagi penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya di Sydney.

Mulai semalam, lima orang dibenarkan bertemu di luar manakala anggota dalam keluarga yang sama di 12 kawasan luar bandar Sydney yang paling teruk terjejas boleh berkumpul di luar selama dua jam.

Satu kes virus yang kali pertama dikesan di Sydney pada Jun telah merebak ke Melbourne dan Canberra yang mencetuskan penularan terburuk di negara ini.

Sedang angka kes harian adalah sekitar 2,000, yang agak rendah berbanding di tahap global, para pegawai bimbang akan ada lebih banyak kematian dan kemasukan ke hospital dengan hanya sekitar 42 peratus orang berusia 16 dan ke atas yang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Sebanyak 473 kes setempat baru dikesan di Victoria, Melbourne, meningkat daripada 392 kelmarin.

Jumlah kes di Australia berjumlah sekitar 73,600, termasuk 1,091 kematian, walaupun kadar kematian dalam penularan terbaru lebih rendah dari tahun lalu. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map