SYDNEY: Penduduk ibu kota Australia, Canberra, terpaksa dipindahkan pada Rabu (22 Jan) selepas kebakaran hutan bermula berdekatan lapangan terbang setelah suhu panas kembali.
Jalan raya ditutup dan pihak berkuasa memberitahu orang ramai supaya meninggalkan atau menghindari kawasan bandar timur Canberra, sementara gambar di media sosial menunjukkan asap kelabu yang meliputi kawasan tersebut.
Tiada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kerosakan.
“Saya dapat lihat asap dari rumah saya,” kata Kane Cawse, pemilik gym, melalui temu ramah di telefon sementara beliau memandu ke arah perniagaannya di zon pindahan sekitar 14 kilometer jauh daripada parlimen negeri tersebut.
Sejak beberapa minggu lalu, Canberra dan bandar di Sydney dan Melbourne mengalami mutu udara paling teruk di dunia dengan kepulan asap tebal yang berpunca daripada kebakaran hutan.- Reuters.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
Australia pindahkan sebahagian penduduk daripada ibu kotanya selepas kebakaran hutan kembali
Jan 22, 2020 | 04:41 PM