Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia pula mula ujian Covid-19 bagi pelancong dari China

Jan 01, 2023 | 11:58 AM



SYDNEY: Australia berkata para pelancong yang meninggalkan China, Hongkong dan Macau akan perlu mempunyai ujian negatif bagi Covid-19 sebelum menaiki pesawat ke negara itu.



Langkah sementara itu, yang akan bermula pada 5 Januari, telah diletakkan memandangkan "kurangnya maklumat lengkap" mengenai situasi di China, kata Menteri Kesihatan Australia, Encik Mark Butler, hari ini (1 Januari).



"Keputusan untuk laksanakan langkah-langkah sementara ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, mengambil kira situasi dinamik dan yang berkembang di China dan potensi bagi varian-varian baru untuk timbul dalam satu sekitaran yang tinggi transmisinya," kata menteri itu dalam satu kenyataan.



Ujian akan perlu diambil 48 jam sebelum perjalanan.



Terdapat senarai bertambah negara yang menguji penumpang dan penjujukan sampel daripada orang ramai yang tiba dari China dalam satu usaha untuk mengenal pasti sebarang mutasi baru dan merbahaya yang boleh merebak pantas dalam kalangan masyarakat.



Ia termasuk Amerika Syarikat (USA), Jepun, Britain dan Perancis.



Canada sertai sama senarai itu semalam dan akan memerlukan pelancong dari China, Hongkong dan Macau untuk sediakan bukti ujian negatif Covid-19, diambil tidak kurang dua hari sebelum keberangkatan mereka, kepada syarikat penerbangan sebelum menaiki pesawat, mulai 5 Januari ini.



Langkah tersebut diambil sebagai respons kepada kes Covid-19 yang bertambah di China dan kurangnya data epidemiologikal dan penjujukan genom viral yang tersedia bagi kes-kes tersebut, kata pemerintah itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa langkah tersebut akan dinilai selepas 30 hari sedang lebih banyak data dan bukti disediakan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >