Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia rancang buka sempadan antarabangsa semula menjelang Krismas

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



CANBERRA: Australia merancang membuka sempadan antarabangsanya semula selewat-lewatnya menjelang Krismas, lantas melonggarkan salah satu sekatan paling ketat di dunia terhadap perjalanan luar negara sejak pandemik Covid-19 bermula.



Warga Australia akan dapat melakukan perjalanan ke luar negara tanpa batasan destinasi, setelah kadar vaksinasi di negeri asal masing-masing mencecah 80 peratus, kata Menteri Pelancongan, Encik Dan Tehan, dalam satu acara Kelab Akhbar National Australia kelmarin.



Sebahagian besar sempadan Australia ditutup kepada bukan warga dan bukan penduduk sejak Mac tahun lalu.



"Orang ramai akan dapat melakukan perjalanan bebas di luar Australia tanpa sekatan" di bawah rancangan nasional negara itu berkaitan langkah keluar daripada Covid-19, kata Encik Tehan.



Namun, warga Australia tetap perlu patuh pada peraturan negara yang mereka lawati.



Pemerintah sedang meneroka cara membuka gelembung perjalanan bersama beberapa negara untuk mengurangkan tempoh kuarantin, dan berharap kuarantin di rumah akan beroperasi sebelum Krismas ini, kata Encik Tehan lagi.



Sementara itu, pegawai polis meronda di serata pusat bandar Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, kelmarin dalam usaha mengekang tunjuk perasaan, yang masuk hari ketiga, terhadap sekatan pergerakan Covid-19.



Ini sedang negeri Victoria, yang Melbourne ibu negerinya, mencatat kenaikan kes Covid-19.



Polis membuat lebih 60 tangkapan Selasa lalu setelah lebih 2,000 penunjuk perasaan merosakkan harta benda, menyekat jalan raya yang sibuk dan mencederakan tiga pegawai polis, setelah pihak berkuasa menutup tapak binaan selama dua minggu untuk mencegah penyebaran penyakit itu.



Kelmarin, penunjuk perasaan sekali lagi berkumpul dalam beberapa kumpulan yang berkeliaran di jalan raya di bandar, walaupun mereka dirayu supaya jangan keluar rumah.



Namun, sebahagian besar penunjuk perasaan menghindari pertempuran dengan polis.



Ketua polis negeri Victoria Shane Patton berjanji akan bertindak untuk mencegah lebih banyak keganasan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >