Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia sekat akses 8 laman web yang enggan hapuskan video serangan masjid di NZ

Sep 09, 2019 | 03:54 PM



SYDNEY - Australia telah mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet untuk menyekat akses ke lapan laman web yang masih menunjukkan rakaman serangan maut yang berlaku di dua masjid di New Zealand pada awal 2019.



Pada 15 Mac lalu, seorang lelaki bersenjata api jenis semi-automatic telah menyerang orang Muslim yang berada di masjid untuk menghadiri solat Jumaat di Christchurch, New Zealand.



Serangan tersebut membunuh 51 orang.



Penyerang itu turut menyiarkan serangan penembakan itu secara langsung di Facebook, dan rakaman tersebut dikongsi secara meluas.



Selepas serangan itu, kebanyakan laman web menghapuskan video tersebut, namun lapan laman web Australia enggan menghapuskan video tersebut, walaupun setelah pesuruhjaya keselamatan elektronik (eSafety) Australia, Cik Julie Inman Grant, membuat permintaan tersebut.



"Kami tidak boleh membenarkan bahan kejam ini digunakan untuk mempromosikan, menghasut atau mengarah tindakan pengganas lagi," kata Cik Grant dalam satu kenyataan e-mel.



Lantaran itu, akses untuk melungsuri kesemua lapan laman web itu disekat.



Menurut laporan Reuters, ini adalah antara usaha Australia untuk membanteras pengongsian kandungan ganas dalam talian. -Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >