Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia tahan 7 warga muda cuba sertai kumpulan militan

Aug 20, 2015 | 12:00 PM



SYDNEY: Pihak berkuasa Australia telah menahan tujuh warga muda apabila mereka cuba terbang ke Timur Tengah, disyaki untuk menyertai kumpulan militan Islam, menurut Perdana Menteri Tony Abbott hari ini.


Akhbar The Sydney Daily Telegraph berkata lima daripada lelaki itu cuba pergi bersama-sama melalui Lapangan Terbang Sydney, dalam penerbangan mula-mula ke Malaysia, pada 12 Ogos, mencetuskan amaran disebabkan jumlah wang yang mereka bawa.


Laporan itu berkata beberapa suspek dikenali pihak berkuasa dan pasport mereka digantung serta-merta.


Encik Abbott enggan mengesahkan butiran, dengan menyatakan ia "hal operasi".


Australia dalam keadaan berjaga-jaga tinggi terhadap serangan oleh radikal Muslim, termasuk militan yang pulang daripada berperang di Timur Tengah.


Selain cuba menghalang sebarang serangan dalam negeri, pegawai Australia telah menggiatkan usaha menghalang rakyatnya yang radikal menyertai kumpulan seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis). - Reuters/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >