SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Australia tiada rancangan guna vaksin satu dos J&J

Australia tiada rancangan guna vaksin satu dos J&J

Apr 14, 2021 | 5:30 AM

Australia tiada rancangan guna vaksin satu dos J&J

6427eea4-1e54-444d-bba6-3419ca0d02d2
-

SYDNEY: Australia tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk menyertakan vaksin koronavirus satu dos Johnson & Johnson (J&J) ke dalam program imunisasinya, kata pihak berkuasa semalam, sedang ia berhenti mendapatkan vaksin yang sedang dikaji semula berhubung pembekuan darah.

Dos vaksin cegah-Covid J&J dan AstraZeneca menggunakan adenovirus, kelas virus selesema biasa yang tidak berbahaya, untuk memperkenalkan protein koronavirus ke dalam sel-sel dalam badan dan memicu tindak balas imun.

Tetapi kedua-dua vaksin tersebut sedang dikaji semula oleh penguasa kesihatan Eropah setelah ia mendapati terdapat beberapa kes pembekuan darah yang jarang berlaku di kalangan beberapa penerima dewasa vaksin, walaupun ia berkata manfaatnya masih mengatasi risiko itu.

"Kerajaan tidak merancang untuk membeli vaksin adenovirus lagi buat masa ini," kata seorang jurucakap kementerian kesihatan Australia kepada agensi berita Reuters.

Australia Ahad lalu mengatakan matlamatnya untuk memberi vaksin kepada hampir 26 juta penduduknya menjelang hujung tahun ini hampir sukar dicapai menyusuli saranan mereka yang berusia di bawah 50-an tahun tidak harus diberikan dos AstraZeneca itu.

Ini menjejas jadual rancangan program vaksinasinya.

Perubahan dasar itu mendorong pihak berkuasa minggu lalu untuk menggandakan pesanan Pfizer sebelumnya kepada 40 juta suntikan, yang akan dihantar menjelang hujung tahun ini.

Program imunisasi negara itu sangat bergantung kepada vaksin AstraZeneca, dengan rancangan untuk menghasilkan 50 juta dos di negara itu.

Australia telah melaporkan kes satu angka rendah atau tiada kes bagi kebanyakan hari dalam tahun ini.

Ini membantu pihak berkuasa untuk melonggarkan sekatan dan meletakkan ekonomi ke arah pemulihan yang lebih cepat.

Bendahari Josh Frydenberg berkata kemunduran dalam pelaksanaan program vaksin itu tidak seharusnya "menjejas momentum dalam pemulihan ekonomi kita".

"Dengan hambatan virus yang berjaya dan pembukaan semula ekonomi yang besar, keyakinan isi rumah dan perniagaan kini lebih tinggi berbanding sebelum pandemik," kata Encik Frydenberg dalam satu kenyataan melalui e-mail.

Australia memulakan program vaksinnya lebih lewat daripada beberapa negara lain disebabkan oleh bilangan kes Covid-19 yang rendah.

Ia mencatatkan sekitar 29,400 jangkitan sejak pandemik itu bermula.

Negara itu melaporkan kematian pertamanya tahun ini semalam setelah seorang lelaki berusia 80 tahun meninggal dunia selepas dijangkiti virus itu semasa berada di luar negara, menjadikan jumlah 910 kematian. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg