Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia tutup sempadan kepada pelancong asing hingga 2022

Oct 05, 2021 | 05:55 PM



CANBERRA: Australia tidak akan menerima lawatan pelancong antarabangsa sehingga tahun depan, dengan kepulangan pekerja migran berkemahiran dan pelajar diberikan keutamaan yang lebih tinggi, umum Perdana Menteri Scott Morrison.


Encik Morrison berkata, Australia dijangka menepati sasaran vaksinasinya hari ini (5 Okt) dengan 80 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas dijangka sudah mendapatkan suntikan kedua, sekali gus membuka laluan kepada negara itu untuk membuka semula sempadannya.


Minggu lalu, beliau menggariskan rancangan untuk membenarkan warga negara dan penduduk tetap yang sudah divaksin untuk melakukan penerbangan ke luar negara dari November buat pertama kalinya sejak larangan perjalanan yang sangat ketat dilaksanakan pada Mac tahun lalu.



Bagaimanapun, Encik Morrison hari ini berkata, selepas warga Australia, keutamaan seterusnya adalah pekerja migran yang berkemahiran dan pelajar antarabangsa yang memasuki Australia.



Pandemik Covid-19 membawa kesan buruk terhadap universiti Australia yang sangat bergantung kepada yuran pelajar antarabangsa.


Sektor pendidikan bimbang pelajar akan mendaftar di negara lain jika Australia tidak membuka semula sempadannya.


"Kami akan menyambut ketibaan pelancong antarabangsa juga, saya yakin, bermula tahun depan," kata Encik Morisson kepada stesen televisyen Seven Network. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >