PEMERHATI dan ahli politik Malaysia berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dilahirkan di Singapura, dilihat secara meluas sebagai antara ahli politik paling menjanjikan dan berpotensi menjadi perdana menteri, selepas lebih 30 tahun menceburi politik.
Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dianggap melaksanakan tugas dengan baik semasa menjadi menteri besar Selangor sebelum kini menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam pentadbiran Pakatan Harapan.