Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azmin: Kesetiaan saya ada batasan

Jul 22, 2019 | 08:11 AM



SHAH ALAM – Sedang beliau melahirkan kesetiaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi amaran kepada mereka yang cuba menjatuhkannya dan menegaskan kesetiaannya ada batasan.



Namun, beliau berkata kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa.



Beliau menyatakan akan terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.



“Kamu janganlah ‘provoke’ presiden dan timbalan presiden. Kami sudah bersama untuk sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas acara Majlis Doa Kesyukuran untuk beliau di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, malam tadi (21 Julai).



Datuk Azmin demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Anwar pada sidang media selepas Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di Port Dickson.



Ditanya mengenai sebab beliau tidak hadir ke temurapat berkenaan, Datuk Azmin berkata, beliau ada urusan rasmi di luar negara.



Beliau kecewa kerana masih ada pihak yang menggunakan politik kotor dan jijik untuk menjatuhkan kerjaya politik seseorang.



"Saya sedia berdepan dengan ujian kerana ia bukan perkara baru. Sebab nafsu serakah, ada manusia sanggup membunuh karier politik seseorang.



"Sejak lima minggu lalu saya difitnah. Isteri, anak dan keluarga saya terpaksa menempuh fitnah dan gelombang ini dengan sabar," katanya.



Pada masa sama, beliau bersyukur apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengesahkan beliau tidak bersalah dan bukan pelaku dalam video intim yang didakwa dikaitkan dengannya sebelum ini.



"IGP sendiri yang sahkan ada tangan ghaib yang nilainya ratusan ribu dan jutaan ringgit untuk menjatuhkan saya.



"Ayuh saya tidak mahu mendiamkan diri kerana kita tidak perlu manusia seperti ini untuk memimpin kita," katanya.



Beliau turut menyatakan beliau tahu siapa dalang di sebalik video itu namun tidak mendedahkan siapa orangnya. - The Star, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >