JOHOR BARU: Kumpulan penggalak pelancongan dan perdagangan di Malaysia berharap kerajaan akan memulakan rundingan dengan Singapura untuk membenarkan mereka yang telah diberi vaksinasi di Singapura supaya dibenarkan untuk memasuki Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin.
Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Encik Jimmy Leong, berkata, adaalah penting untuk kerajaan memulakan perbincangan ini memandangkan ia genting dalam pemulihan ekonomi tempatan.