Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Badan perundangan Hong Kong luluskan rang undang-undang lagu kebangsaan

Jun 04, 2020 | 08:34 PM

HONG KONG - Hong Kong telah meluluskan rang undang-undang yang akan mengisytiharkan tindakan yang tidak menghormati lagu kebangsaan Cina sebagai satu perbuatan jenayah pada Khamis (4 Jun).

Langkah ini dibentangkan setelah beberapa hari pihak berkuasa Cina membenarkan Hong Kong menerapkan undang-undang keselamatan nasional, satu tindakan yang bakal menjejas kebebasan negara itu menurut Amerika, Britain, Australia, Kanada dan beberapa kumpulan hak manusia antarabangsa.

Rang undang-undang lagu kebangsaan itu memerintah agar murid sekolah rendah dan menengah Hong Kong diajar menyanyikan lagu, "Perarakan Relawan," termasuk pendidikan di sebalik sejarah serta etiketnya.

Mereka yang melakukan perbuatan yang mencaci atau tidak menghormati lagu kebangsaan itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga HK$50,000 ($9,000). - Reuters.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3