Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bah Terengganu makin buruk, mangsa dipindahkan bertambah

Feb 26, 2022 | 04:17 PM



KUALA TERENGGANU: Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada seramai 3,229 orang di lima daerah setakat jam 2 petang Sabtu (26 Feb).

Mangsa membabitkan keseluruhan 896 keluarga yang ditempatkan di 63 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Besut dan Setiu, bertambah, berbanding hanya 2,598 daripada 752 keluarga di 59 PPS setakat 12 tengah hari Sabtu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, banjir di Kemaman semakin buruk apabila jumlah mangsa semakin bertambah dan 21 PPS diaktifkan bagi menempatkan 1,914 penduduk daripada 518 keluarga, meningkat daripada 1,384 mangsa membabitkan 386 keluarga di 19 setakat tengah hari Sabtu.





Di Hulu Terengganu, 493 mangsa daripada 156 keluarga berada di 14 PPS, manakala di Besut, jumlah mangsa turut meningkat apabila 105 keluarga membabitkan 466 penduduk berada di 13 PPS setakat jam 2 petang, berbanding 435 mangsa daripada 99 keluarga di 13 PPS pada tengah hari.

Keadaan cuaca  masih hujan lebat di kebanyakan daerah pada Sabtu. – BHM.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >