BEIJING: China mendapati bahagian daging dan makanan laut di pasar makanan borong dicemar teruk oleh koronavirus Covid-19, dan mengesyaki suhu rendah dan kadar kelembapan tinggi kawasan itu mungkin menjadi faktor penyumbang.
Laporan awal itu dikemukakan sedang ibu kota negara tersebut berdepan dengan peningkatan kes Covid-19 minggu lalu.
Wabak terbaru itu sudah menjangkiti lebih 100 orang dan meningkatkan kerisauan penularan yang lebih luas di China.
Suhu rendah dan kelembapan tinggi meningkatkan kelangsungan hidup virus tersebut dan mungkin menjelaskan mengapa pasar makanan laut merupakan sumber wabak berdasarkan penilaian awal, kata ketua ahli epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Encik Wu Zunyou.
Beliau menegaskan bahawa siasatan lanjut mesti dijalankan. - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg