Bahang pilihan raya HK kian dirasa lepas 2 peletakan jawatan dilulus

HONGKONG: China semalam meluluskan peletakan jawatan dua pegawai berjawatan tinggi di Hongkong, termasuk setiausaha kewangan, membuka laluan bagi mereka bertanding dalam pilihan raya Mac ini untuk menjadi ketua eksekutif seterusnya di hab kewangan itu.

Majlis Negara China menerima peletakan jawatan setiausaha kewangan John Tsang, dan Ketua Setiausaha Carrie Lam di bandar itu, lapor agensi berita Xinhua.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan