Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bahasa Indonesia diiktiraf antara bahasa rasmi Persidangan Unesco

Nov 22, 2023 | 01:10 PM



JAKARTA: Bahasa Indonesia diisytiharkan sebagai bahasa rasmi Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada Isnin di ibu pejabat Unesco di Paris, Perancis.


Encik Mohamad Oemar, Duta Besar Indonesia ke Perancis, Andorra dan Monaco, berkata dalam kenyataannya di Jakarta bahawa bahasa Indonesia adalah bahasa rasmi ke-10 yang diiktiraf oleh Persidangan Agung Unesco, di samping bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Perancis, Sepanyol, Russia, Hindi, Italy dan Portugis.

“Bahasa Indonesia telah menjadi kekuatan penyatu bangsa sejak era prakemerdekaan, khususnya melalui Sumpah Pemuda 1928 yang menyatukan pelbagai etnik di Indonesia,” kata Encik Oemar.

Keputusan itu disusuli dengan penerimaan Resolusi 42 C/28 semasa Persidangan Agung Unesco ke-42 pada 20 November di ibu pejabatnya di Paris.

Menurut Encik Oemar, bahasa rasmi Indonesia dengan lebih 275 juta penutur telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah di 52 negara, dan terdapat sekurang-kurangnya 150,000 penutur asing yang aktif menggunakan bahasa itu pada masa ini.

“Kepimpinan aktif Indonesia di peringkat sejagat bermula pada Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada 1955 yang meletakkan asas kepada pembentukan gerakan berkecuali.

“Indonesia mempunyai komitmen yang kuat untuk meneruskan kepimpinan dan sumbangan positifnya kepada dunia antarabangsa,” kata Encik Oemar, dipetik akhbar Tempo.


Sumbangan itu dilanjutkan dengan kerjasama negara lain dalam menangani cabaran sejagat, melalui peranan pengerusi Indonesia dalam forum G20 pada 2022 dan forum Asean pada 2023.

Duta Besar itu juga menekankan bahawa meningkatkan kesedaran tentang bahasa Indonesia adalah sebahagian daripada usaha sejagat Indonesia untuk membangunkan kesinambungannya antara negara dan mengukuhkan kerjasama dengan Unesco, serta komitmen negara terhadap pembangunan budaya di peringkat antarabangsa.

Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam kenyataannya di platform media sosial X berkata:


“Pengakuan ini merupakan suatu kebanggaan bagi seluruh rakyat Indonesia. Pengiktirafan bahasa Indonesia di forum penting seperti Unesco menandakan penghormatan dan pengakuan terhadap kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki oleh Indonesia.

“Ini juga menunjukkan peranan penting Indonesia dalam komuniti sejagat dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >