DUBAI: Kementerian Luar Bahrain menuduh Qatar meningkatkan ketenteraannya dalam krisis diplomatik di Teluk, menyusuli pendirian Doha yang membenarkan askar Turkey masuk ke wilayahnya.
"Perselisihan dengan Qatar adalah pertikaian politik dan keselamatan dan tidak pernah menjadi pertikaian ketenteraan," kata Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khalid Ahmed al-Khalifa menerusi Twitter.