Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bajet M'sia dijadual dibentang 24 Feb depan

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat (Parlimen) pada 24 Februari, tahun depan.



Mengesahkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata Bajet itu akan dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Katanya, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan.



"Ya, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan kerana sebelum ini hanya bajet mini dibentang bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji.



"Secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari," katanya kepada Beria Harian Malaysia (BHM).



Datuk Johari berkata persidangan Parlimen akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.



Beliau berkata mesyuarat pertama Parlimen ke-15 itu akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.



Anggota Parlimen (AP) seterusnya akan membahaskan usul terima kasih selama tujuh hari sebelum Datuk Anwar membentangkan Belanjawan 2023.



Perbahasan Belanjawan 2023 akan berlangsung selama 18 hari.



Dua hari terakhir - 29 Mac dan 30 Mac - dijadualkan bagi rang undang-undang kerajaan yang lain.



Sebelum ini, pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjadualkan 28 hari untuk perbahasan Belanjawan 2023.



Namun, Parlimen telah dibubarkan sebelum perbahasan berlangsung ekoran keputusan kerajaan beliau untuk mengadakan pilihan raya umum.



Selepas Datuk Anwar mengambil alih kerajaan, Parlimen meluluskan 'belanjawan mini' pada 19 Disember untuk memastikan kelulusan Parlimen bagi emolumen perkhidmatan awam dibayar pada 1 Januari 2023.



Sementara itu, bagi jadual Parlimen akan datang, ia akan bersidang semula mulai 12 Jun dan akan berlangsung sehingga 27 Jun.



Mesyuarat ketiga dan terakhir akan bermula pada 9 Oktober dan berakhir pada 30 November.



Pembentangan Belanjawan 2024 pula dijadual berlangsung pada 19 November tahun depan.



Secara keseluruhannya, Parlimen Malaysia dijadual bermesyuarat selama 71 hari, berbanding 68 hari ketika sebelum pandemik 2019. - BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >