SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bakal Presiden Iran tolak pertemuan dengan Biden buat masa ini

Bakal Presiden Iran tolak pertemuan dengan Biden buat masa ini

• Mahu rundingan nuklear 'lebih berkesan' dengan AS • Sedia usaha pulih hubungan dengan Saudi
Jun 23, 2021 | 5:30 AM

Bakal Presiden Iran tolak pertemuan dengan Biden buat masa ini

RAMAI PENYOKONG: Penduduk setempat memegang gambar Encik Ebrahim Raisi semasa kempen pilihan raya di Teheran pada 14 Jun lalu. - Foto EPA-EFE
RAMAI PENYOKONG: Penduduk setempat memegang gambar Encik Ebrahim Raisi semasa kempen pilihan raya di Teheran pada 14 Jun lalu. - Foto EPA-EFE -

TEHERAN: Presiden Iran dipilih, Ebrahim Raisi berkata akan memastikan rundingan nuklear bukan sekadar rundingan tanpa ada keputusan konkrit.

Bercakap pada sidang media pertama selepas memenangi pilihan raya pemilihan presiden Jumaat lalu berkata, Raisi turut menolak bertemu Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden buat masa ini selain memberitahu tiada halangan bagi pihaknya untuk memulihkan hubungan dengan Arab Saudi yang terputus sejak lima tahun lalu.

Encik Raisi, 60 tahun, memenangi pilihan raya pada Jumaat lalu dengan lebih daripada separuh pengundi memboikot selepas ramai individu berpengaruh politik dilarang bertanding dan ketika krisis ekonomi yang didorong oleh sekatan Amerika memusnahkan negara itu.

Encik Raisi, seorang ulama ultrakonservatif yang mengetuai badan kehakiman Iran, akan menggantikan Presiden Hassan Rouhani dengan pencapaian pentingnya perjanjian nuklear 2015 antara Iran dengan kuasa dunia pada Ogos.

"Segala rundingan yang menjamin kepentingan negara ini akan disokong, tetapi kita tidak akan membiarkan rundingan demi rundingan (berkaitan isu nuklear) dilakukan.

"Setiap pertemuan dan rundingan perlu menghasilkan keputusan... termasuk untuk kepentingan negara," katanya.

Perjanjian 2015 yang menyaksikan Iran bersetuju mengurangkan program nuklearnya sebagai syarat melonggarkan sekatan ekonomi terhadap negara itu tetapi perjanjian itu dibatalkan mantan presiden Amerika Encik Donald Trump.

Pengganti Encik Trump, Encik Biden bagaimanapun menunjukkan kesediaannya untuk kembali ke meja rundingan itu dan beberapa negara termasuk Britain, China, Perancis, Jerman dan Russia akhir-akhir ini juga yakin perkara sama susulan perbincangan di Vienna.

Encik Raisi berkata pentadbirannya turut terbuka untuk memulihkan hubungan dengan Arab Saudi, termasuk membuka kembali kedutaannya.

Hubungan antara Teheran dengan Riyadh terputus pada 2016 selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi susulan pemerintah melaksanakan hukuman terhadap ulama Syiah yang dihormati.

Kedua-dua pihak terbabit dalam perbincangan yang diadakan oleh Baghdad sejak April untuk memperbaiki hubungan. - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg