Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Balu pegawai komando M'sia yang terkorban disahkan hamil

Sep 11, 2019 | 05:56 PM



IPOH - Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Cik Nour Shafinar Harun, 31 tahun, terkilan kerana tidak dapat berkongsi berita gembira kini mengandung anak kedua hasil perkongsian hidup mereka.



Ditemui MyMetro, Cik Shafinar berkata, pada mulanya beliau juga tidak menyangka sedang mengandung kerana menganggap keadaan fizikalnya yang kerap keletihan disebabkan amalan beliau yang suka berdiet.



“Dua hari (selepas) arwah tiada, ada kawan yang bertanya, mengandung ke?



“Saya terkejut, betul ke saya mengandung, sebab dalam sebulan lebih kebelakangan ini, saya tidak buat pemeriksaan, saya rasa biasa sahaja.



“Tetapi lihat keadaan badan memang semakin naik, berat badan naik, makan pun tak berapa banyak sebab sedang diet, sampailah doktor dan kaunselor datang jumpa saya dan menyuarakan kemungkinan (saya sedang) mengandung,” katanya.



Beliau membuat pendedahan sedemikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, yang berkenan ke kediaman ibunya di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, pada Rabu (11 September).



Menurutnya, selepas menggunakan kit ujian kehamilan, beliau memang disahkan mengandung.



“Saya kuatkan hati, buat pemeriksaan guna alat ujian kehamilan, saya tengok (positif), Alhamdulillah saya mengandung, cuma saya sedih, arwah tak sempat tahu saya mengandung,” kata Cik Shafinar.



Tambahnya, beliau bimbang kandungannya akan terjejas dalam keadaan yang dihadapinya, yang baru kehilangan suami.



Pada Rabu (4 September), Mejar Zahir, 36 tahun, seorang pegawai komando 11 Rejimen Grup Gerak Khas, disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >