Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ban Ki-moon lawat Palestin, Israel

Oct 20, 2015 | 05:42 PM



BAITULMAKDIS (Palestin): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon akan mengadakan lawatan mengejut dua hari ke wilayah Palestin dan Israel.


Agensi berita AFP melaporkan, Encik Ki-moon bagaimanapun tidak menjelaskan aturcara bagi lawatan tersebut.


Lawatan setiausaha agung PBB itu disifatkan sebagai usaha antarabangsa meredakan ketegangan yang berlaku di dua wilayah itu berikutan beberapa siri serangan dan pemberontakan di sana.


Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, turut dijangka menemui Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu di Jerman dan juga Presiden Palestin, Mahmud Abbas pada minggu ini.


Sementara itu, Encik Kerry menegaskan beliau mahu menghentikan konflik Palestin-Israel yang makin meruncing sekarang kerana dunia ingin ia dihentikan segera.


Menurutnya lagi, pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, pada minggu ini penting bagi menamatkan pergolakan.


"Penting bagi pemimpin Israel dan Palestin menjelaskan status di sekitar kawasan al-Aqsa dan bersetuju dengan langkah yang boleh diambil untuk menenangkan pergolakan ketika perbincangan pada minggu ini," katanya.


Encik Kerry menambah, Israel punya hak untuk melindungi dirinya daripada perbuatan keganasan, dan dalam pertemuannya dengan Encik Netanyahu, pemimpin Israel itu berkata, beliau beriltizam mengekalkan keadaan sedia ada di tempat suci itu.


"Saya tidak mempunyai harapan tertentu kecuali untuk cuba menggerakkan usaha ini.


"Ia akan bergantung kepada perbincangan dan kehendak mereka (Palestin) sendiri," katanya.


Encik Kerry juga akan bertemu dengan pemimpin Turki, Arab Saudi, Jordan dan Russia di Eropah minggu ini untuk membincangkan soal konflik di Syria.


"Saya khuatir dengan kesan sampingan hasil pergolakan di Syria dan peningkatan jumlah pelarian Syria," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >