Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bandar robotik di Johor antara 9 projek dirancang firma M'sia, China

May 15, 2017 | 02:58 PM



BEIJING: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyaksikan sembilan memorandum persefahaman (MOU) bernilai AS$7.22 bilion ($10.13 bilion) dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China, termasuk cadangan pembinaan terminal penerbangan tambang murah (LCC) AirAsia di negara ini.



Kesemua MOU itu meliputi pelbagai sektor seperti pembinaan, pertanian, bursa saham, infrastruktur dan kerjasama pelabuhan.



Pembinaan LCC jika menjadi kenyataan bakal menyaksikan penubuhan syarikat usaha sama yang menandakan kejayaan AirAsia Bhd memasuki pasaran China dengan beroperasi di Zhengzhou dalam wilayah Henan, lapor Utusan Malaysia hari ini.



MOU bagi projek itu dimeterai oleh AirAsia dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group.



Majlis itu juga menyaksikan termeterainya MOU untuk projek pembangunan Bandar Robotik Masa Depan (Robotik Future City) di Johor dengan pelaburan sebanyak AS$3.45 bilion.



Inisiatif pembangunan bandar berkenaan melibatkan kawasan seluas 400 hektar yang akan dibangunkan oleh Johor Corporation dengan Siasun Robot Investment Co Ltd (Siasun).



Bandar itu akan disasarkan kepada pembangunan industri robotik bagi kegunaan dalam dan luar negara selain menggalakkan pertumbuhan pelbagai rangkaian perbekalan di Malaysia.



Projek yang masih di peringkat terlalu awal dan melibatkan penggunaan kecerdasan buatan akan membantu meningkatkan automasi dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.



MOU lain juga melibatkan projek pembangunan kompleks metanol dan derivatif di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak, bernilai AS$2 bilion dan diikuti pula oleh perjanjian projek pembekalan pisang Cavendish dan buah-buahan Tropika bernilai AS$1.53 bilion antara Agrofresh International Sdn Bhd dengan Dashang Co Ltd.



Projek kompleks metanol di Sarawak telah dimeterai antara Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak dengan Consortium Huanhqiu Contracting & Engineering Co. dan Macfeam Sdn. Bhd.



Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijangka siap pada tahun 2021.



Pada majlis berkenaan, MOU juga dimeterai bagi projek pembangunan Melaka Gateway dengan empat pihak bagi melabur dan memajukan tiga lagi pulau dalam projek berkenaan.



Pihak yang memeterai memorandum tersebut adalah KAJ Development Sdn.Bhd, pemaju utama projek Melaka Gateway dengan Powerchina International Group Ltd., Shenzen Yantian Port Group Co Ltd dan Rizhao Port Group Co Ltd.



MOU lain yang dimeterai ialah projek pembangunan bercampur di kawasan pantai AS$132.58 juta di Kota Kinabalu, Sabah, dan kerjasama antara Bursa Malaysia Bhd dengan Shanghai Stock Exchange bagi menerokai peluang menambah baik akses dan produk di kedua-dua pasaran.



Selain itu, MOU antara Northport (M) Bhd dan Weifang Sime Darby Port Co Ltd melibatkan penubuhan kerjasama pelabuhan yang bakal menyaksikan kewujudan ‘pelabuhan halal’ juga dimeterai. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >