Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banduan Brazil samar sebagai anak perempuannya untuk lari dari penjara

Aug 07, 2019 | 07:42 AM



RIO DE JANEIRO: Seorang ketua sindiket dadah gagal melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya, memakai pakaian wanita berkenaan, rambut palsu serta topeng silikon menyerupai anaknya, seperti dalam filem Mission Impossible.



Menurut laporan Daily Mail, Clauvino da Silva, 42 tahun, cuba melarikan diri dari Penjara Gericino - iaitu penjara paling ketat di barat Rio de Janeiro - pada petang Sabtu lalu (3 Ogos), namun gagal sampai ke pintu keluar kerana disedari pengawal yang mengesyaki cara ‘wanita’ itu berjalan.



Percubaan melarikan diri itu dilakukan ketika waktu melawat dan da Silva menerima tujuh pelawat ketika itu, termasuk anak perempuannya dan wanita hamil.



Jurucakap Jabatan Pentadbiran Penjara Negeri Rio de Janeiro berkata, da Silva memakai kemeja-T merah jambu, berambut hitam panjang, seluar jeans ketat, sandal putih, kot dan cermin mata milik anak perempuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >