Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangkok bergelut elak tenggelam dek paras laut naik

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



BANGKOK: Sedang Bangkok bersiap bagi menjadi hos satu perbincangan perubahan iklim, bandar raya lebih 10 juta penduduk itu sendiri diancam isu persekitaran, dengan ramalan mengejutkan bahawa ia mungkin tenggelam sebahagiannya dalam masa 10 tahun akan datang.



Mesyuarat di ibu negara Thailand pada Selasa lalu itu membincangkan persiapan bagi sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Poland akhir tahun ini, yang bertujuan menetapkan peraturan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, atau rumah kaca, dan memberi bantuan kepada negara terdedah.



Apabila cuaca meningkat, corak cuaca tidak normal - seperti taufan lebih kuat, hujan tidak menentu dan kemarau dan banjir teruk - diramalkan semakin buruk, menambah tekanan ke atas negara-negara yang ditugaskan melaksana perjanjian iklim Paris 2015.



Bangkok, yang dibina di atas tanah yang dulunya paya kira-kira 1.5 meter di atas paras laut, diunjurkan antara kawasan bandar yang akan paling teruk terjejas di dunia, bersama Jakarta dan Manila.



"Hampir 40 peratus" Bangkok akan tenggelam seawal 2030 dek hujan lebat dan perubahan cuaca, menurut satu laporan Bank Dunia.



Kini, ia "tenggelam satu hingga dua sentimer setahun dan terdapat risiko banjir besar dalam masa terdekat", kata Tara Buakamsri daripada kumpulan sekitaran Greenpeace.



Laut di Teluk Thailand yang berhampiran meningkat empat milimeter setahun, lebih tinggi daripada purata global.



Bandar ini "kebanyakannya sudah pun berada di bawah paras laut", kata Buakamsri.



Pada 2011, apabila musim monsun membawa banjir terburuk dalam beberapa dekad, satu perlima bandar Bangkok banjir. Daerah perniagaannya diselamatkan oleh daik, atau benteng penghalang banjir, yang dibina dengan cepat. Tetapi kawasan lain Thailand tidak begitu bernasib baik dan lebih 500 orang maut akibatnya.



Pakar mengatakan perbandaran tidak terkawal dan hakisan pantai akan menyebabkan Bangkok dan penduduknya dalam keadaan genting.



Dengan berat pencakar langit menyumbang kepada bandar itu beransur-ansur terbenam, Bangkok menjadi mangsa perkembangannya sendiri.



Keadaan bertambah buruk apabila terusan yang pernah melingkari bandar itu digantikan oleh rangkaian jalan yang rumit, kata Encik Suppakorn Chinvanno, pakar iklim di Universiti Chulalongkorn di Bangkok.



"Terusan itu menyumbang kepada sistem saliran semula jadi," katanya, sambil menambah bahawa laluan air itu memberi Bangkok julukan 'Venice Timur'



Ladang udang dan pembangunan akuakultur lain - kadang-kadang menggantikan hutan bakau yang melindungi bandar itu daripada ribut - juga menyebabkan hakisan di pantai dekat dengan ibu kota itu.



Ini bermakna Bangkok boleh ditenggelami air banjir dari laut di selatan dan banjir monsun dari utara, kata Chinvanno, sambil menambah: "Pakar menjangkakan ribut lebih kuat di rantau ini pada tahun-tahun mendatang."



Pengarah Jabatan Saliran dan Kumbahan Bangkok, Narong Raungsri, mengakui "kelemahan" bandar itu berpunca daripada longkang-longkangnya yang kecil dan pembangunan di sekitarnya.



"Sistem kami hanya boleh mengendalikan sebanyak itu - kami perlu memperluaskannya."



Sekarang, kerajaan sedang berusaha mengurangkan kesan perubahan iklim dengan membina rangkaian saluran perbandaran hingga 2,600 kilometer panjang dengan stesen pam dan lapan terowong bawah tanah untuk menyalur keluar air jika berlaku bencana.



Tahun lalu, Universitgi Chulalongkorn juga membina sebuah taman seluas 4.4 hektar di pusat Bangkok yang direka khas untuk mengalirkan beberapa juta liter hujan dan mengarahkannya semula agar kejiranan di sekitarnya tidak dibanjiri.



Tetapi tindakan secara tidak menentu ini mungkin tidak mencukupi.



"Kami memerlukan dasar pengurusan tanah yang jelas," kata Encik Buakamsri, sambil menambah bahawa kepentingan pemaju melebihi keperluan mengadakan lebih banyak ruang hijau.



"Harga tanah yang tinggi di Bangkok menjadikan kepentingan ekonomi sebagai keutamaan." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >