Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangladesh sediakan pendidikan formal bagi kanak-kanak Rohingya

Jan 30, 2020 | 1:10 PM
Seorang kanak-kanak membaca buku di sekolah sementara yang dikendalikan guru Rohingya di kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh pada 7 Februari 2019. FOTO: REUTERS
Seorang kanak-kanak membaca buku di sekolah sementara yang dikendalikan guru Rohingya di kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh pada 7 Februari 2019. FOTO: REUTERS -

DHAKA: Bangladesh mengumumkan ia akan menyediakan pendidikan formal bagi kanak-kanak pelarian Rohingya, dua setengah tahun setelah mereka melarikan diri dari Myanmar.

Kumpulan hak asasi manusia telah lama berkempen agar hampir setengah juta kanak-kanak Rohingya di kem pelarian di Bangladesh ini diberi akses kepada pendidikan bermutu.

Para pegawai berkata keputusan itu akan memberi pendidikan sehingga usia 14 tahun dan setelah itu, latihan bagi kanak-kanak kecil.

Lebih 730,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar setelah tindakan keras ketenteraan di negara itu pada 2017, dan ditempatkan di kem di Bangladesh.

Bangladesh tidak mengiktiraf majoriti pelarian tersebut dan tidak mengeluarkan sijil kelahiran bagi mereka yang dilahirkan di kem, menjadikan status undang-undang mereka tidak jelas.

Ketua kanan Rohingya, Encik Dil Mohammed, berkata masyarakat Rohingya amat berterima kasih kepada Bangladesh.

"Negara ini menyelamatkan hidup kami dengan membuka pintunya kepada kami. Sekarang, dengan menyediakan pendidikan, mereka juga menyelamatkan anak-anak kami daripada menjadi generasi yang hilang," ujarnya.

Beliau menambah bahawa Myanmar telah melarang kanak-kanak Rohingya dari sekolah aliran utama sejak 2012. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg