Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangunan di Jakarta roboh, beberapa orang tercedera

Jan 06, 2020 | 03:12 PM



JAKARTA - Sebahagian bangunan lima tingkat di Jakarta telah roboh pada pagi Isnin (6 Jan), menyebabkan sekurangnya lapan orang tercedera dan beberapa orang lagi terperangkap di dalamnya, menurut laporan stesen televisyen Indonesia.



Namun, tiada maklumat mengenai sebarang kematian telah dilaporkan atau pun kemungkinan kemalangan ini berkaitan dengan banjir yang berlaku di ibu kota itu minggu lalu yang telah mengorban 60 mangsa.



Selain itu, gambar-gambar di televisyen menunjukkan sekitar sesetengah bahagian bangunan itu telah roboh dengan serpihan konkrit berselerakan di jalan raya berdekatan.



Pekerja penyelamat dilihat membawa mangsa yang tercedera dengan menggunakan alat penyandar.



“Kami masih berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan itu,” kata seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat kebangsaan di Televisyen.



“Kami tidak pasti apa punca kemalangan ini,” tambahnya.



Bangunan itu merupakan satu premis gabungan tempat tinggal dan tempat berniaga yang turut dilengkapi kedai runcit di aras bawah dan beberapa unit sewa di tingkat atas. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >