Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Banjir: 3 pusat pemindahan sementara dibuka di Kedah

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah kelmarin, bagi menempatkan 167 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan ekoran banjir di beberapa daerah di Padang Terap dan Kubang Pasu.



Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Major Muhammad Suhaimi Mohd Zaid, berkata dua PPS dibuka di Padang Terap sekitar 11.45 malam kelmarin akibat hujan lebat mengakibatkan banjir kilat.



Pusat itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak, yang kini menempatkan 43 orang, dan Sekolah Kebangsaan Perik, yang mempunyai 33 orang, ujarnya, lapor akhbar Malay Mail semalam.



Beliau berkata hujan berterusan sejak 5 petang kelmarin mengakibatkan paras air di Sungai Janing naik dan menyebabkan banjir di Kampung Perik, Kampung Labi dan Kampung Bendang Raja.



Di Kubang Pasu, pusat bantuan di Sekolah Kebangsaan Binjai dibuka sekitar 10.30 malam kelmarin bagi menempatkan 91 orang daripada 28 keluarga.



Mereka dipindahkan dari Kampung Telok, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Tanjung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >