GEORGETOWN: Hujan berterusan sejak jam 12 tengah hari kelmarin melumpuhkan Pulau Pinang yang menyebabkan banyak jalan raya ditutup dan ratusan kediaman di lima daerah dilanda banjir.
Hujan lebat berserta angin kencang turut menjejaskan sebahagian kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, selain menyebabkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas yang buruk.