Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir: Arahan pindah baru di sebahagian Australia, air dijangka terus naik

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mengeluarkan arahan pemindahan banjir baru di sebahagian kawasan pantai timur semalam, sambil memberi amaran paras air akan terus meningkat di beberapa kawasan.



Ini walaupun penduduk kota Sydney bangun pagi semalam dengan langit cerah buat kali pertama dalam beberapa hari.



Cuaca tidak menentu membasahi bahagian timur negara itu, menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan, terutama di negeri New South Wales (NSW), yang paling terjejas dengan tahap air di empangan dan sungai terus melimpah.



Ketua Menteri NSW, Encik Gladys Berejiklian, berkata kira-kira 6,000 orang lagi dipindahkan sepanjang 24 jam lalu dan arahan pemindahan baru dikeluarkan bagi penduduk di kawasan barat Sydney untuk berpindah ke zon selamat.



"Yang masih harus kita perhatikan ialah hakikat bahawa ribuan orang masih dalam amaran pemindahan, bahawa tahap air sungai-sungai akan terus naik, bahawa kawasan tadahan akan terus mengalami aliran air yang tidak dilihat dalam 50 tahun dan di beberapa tempat 100 tahun," kata Cik Berejiklian kepada wartawan di Sydney.



Majlis Insurans Australia, badan industri utama, mengatakan kira-kira 17,000 tuntutan ganti rugi bernilai kira-kira A$254.2 juta ($261.9 juta) telah diberi hingga semalam di NSW dan Queensland.



Tiada kematian berkaitan banjir dilaporkan, tetapi kemusnahan amat besar dan lebih 40,000 orang dipindahkan sejauh ini.



Majlis insurans itu mengatakan terlalu awal untuk menganggarkan jumlah kos kerosakan. Rumah tenggelam, ternakan hanyut dan tanaman tenggelam pada skala besar.



Ada juga banyak kes binatang diselamatkan, dengan bot digunakan untuk memindahkan anjing, lembu, dan bahkan emu, dari kawasan banjir.



Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, semalam berkata helikopter akan digunakan untuk mengangkut makanan ke pasar raya kehabisan bekalan.



Pegawai memberitahu Reuters Empangan Warragamba, bekalan air utama buat penduduk Sydney, akan terus melimpah selama beberapa hari mendatang, walaupun pada kadar lebih perlahan.



Peramal cuaca mengatakan cuaca tidak menentu akan beralih ke Pulau Tasmania semalam, dijangka membawa hujan lebat dan banjir setempat. Meskipun keadaan mereda, biro cuaca mengatakan paras air di sebilangan sungai tidak akan surut selama beberapa hari lagi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >