Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Banjir besar: Masyarakat antarabangsa perlu bantu Pakistan

Jan 10, 2023 | 05:30 AM

GENEVA: Masyarakat antarabangsa mesti membantu Pakistan pulih daripada banjir besar yang dialaminya tahun lalu dan meningkatkan daya tahan iklim, atau negara itu akan terperangkap dalam kesengsaraan, kata ketua agensi pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada agensi berita AFP.

Pakistan masih terkial-kial akibat banjir monsun Ogos lalu - yang tidak pernah berlaku sebelum ini - yang mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan kira-kira 33 juta yang lain.

Untuk memenuhi keperluan genting ini, negara asing dan PBB kelmarin akan menjadi tuan rumah bersama persidangan antarabangsa di Geneva mencari berbilion dolar menerusi ikrar penderma dan sokongan lain ke arah pelan pemulihan dan daya tahan jangka panjang.

"Kemusnahan besar-besaran akibat banjir ini, penderitaan manusia, kos ekonomi... menjadikan banjir ini benar-benar satu bencana (buruk)," kata pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Achim Steiner, yang agensinya membantu menganjurkan persidangan itu.

Dalam temu bual menjelang acara itu, beliau berkata keadaan kekal teruk beberapa bulan selepas hujan monsun berakhir.

"Air mungkin telah surut, tetapi kesannya masih ada," kata Encik Steiner.

"Terdapat usaha pembinaan semula dan pemulihan besar-besaran yang perlu dilakukan."

Berjuta-juta orang masih kehilangan tempat tinggal, dan mereka yang dapat pulang ke rumah sering kembali ke rumah yang rosak atau musnah dan ladang yang diliputi lumpur yang tidak membolehkan petani meneruskan usaha bercucuk tanam.

Harga makanan telah melonjak, dan jumlah mangsa yang menghadapi masalah ketidakcukupan makanan meningkat dua kali ganda kepada 14.6 juta, menurut angka PBB.

Bank Dunia menganggarkan sehingga 9 juta lagi orang boleh diseret ke dalam kemiskinan akibat banjir. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3