Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Banjir di pantai timur M'sia memburuk, reda di negeri lain

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



TIBA musim tengkujuh, tiba juga hujan lebat yang berterusan di beberapa negeri di Malaysia.



Ini sehingga menyebabkan banjir besar melanda beberapa negeri khususnya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.



Malah, banjir telah berlaku sejak Disember lalu dan berterusan sehingga tempoh tahun baru ini dan belum menunjukkan tanda ia akan reda.



Musim tengkujuh berlaku selalunya antara November dan Mac dan sering menurunkan hujan lebat yang menyebabkan banjir besar yang menjejas ribuan penduduk di pantai timur di Malaysia.



Di kawasan pantai barat, hujan lebat juga berlaku namun tidak menimbulkan masalah banjir besar dan meluas seperti di pantai timur.



Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan baru-baru ini bahawa jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatat peningkatan, manakala keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.



Di Pahang, situasi banjir bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 PPS mencatatkan 18,976 orang daripada 5,032 keluarga sehingga pertengahan minggu lalu.



Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Maran masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,501 orang diikuti Temerloh (3,020), Lipis (2,551), Raub (2,402), Jerantut (2,329), Kuantan (2,321), Rompin (1,012), Pekan (430) dan Bera (410).



Portal itu turut memaklumkan Sungai Pahang di daerah Bera, Kuantan, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran melepasi tahap bahaya baru-baru ini.



Selain itu, Lebuh Raya Pantai Timur, di KM113 dan KM115, terpaksa ditutup kedua-dua hala susulan kenaikan air.



Sementara itu, di Terengganu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel, Che Adam A Rahman, berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu juga telah meningkat termasuk di daerah Dungun.



Di Kelantan pula, daerah Tanah Merah menjadi kawasan kedua dilanda banjir dengan lapan pusat pemindahan terpaksa diaktifkan bagi menempatkan 125 mangsa daripada 33 keluarga.



Menurut Info Bencana JKM, sebelum ini, kawasan Gua Musang turut terjejas dengan banjir, namun telah pulih.



Hujan lebat yang berterusan di Kelantan telah menyebabkan enam sungai di negeri itu melepasi paras bahaya yang termasuk Sungai Galas di Dabong; Sungai Lebir di Tualang; dan Sungai Kelantan di Tangga Krai.



Di Johor, jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 3,566 orang sehingga pertengahan minggu lalu.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan fenomena Monsun Timur Laut yang kini sedang melanda beberapa negeri dijangka berterusan sehingga akhir Mac ini dengan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >