Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Banjir di Terengganu makin runcing

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



KUALA TERENGGANU: Banjir melanda lebih banyak daerah di Malaysia, dengan jumlah mangsa yang meningkat di Terengganu, dan kawasan di Raub melepasi tahap bahaya.



Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 2,629 mangsa daripada 735 keluarga ditempatkan di 73 pusat pemindahan sementara (PPS), hingga 7 pagi semalam.



Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 11 malam kelmarin yang merekodkan seramai 1,817 mangsa daripada 503 keluarga di 49 PPS, lapor Berita Harian Malaysia.



Berdasarkan rekod, sehingga 7 pagi semalam, semua daerah menunjukkan pertambahan jumlah mangsa menerusi gelombang ketiga banjir yang bermula kelmarin.



Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata daerah Marang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 748 mangsa daripada 197 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS.



Katanya, jumlah itu meningkat berbanding hanya 681 mangsa daripada 181 keluarga ditempatkan di tujuh PPS malam kelmarin.



"Jumlah mangsa banjir di Setiu juga meningkat apabila 140 keluarga membabitkan 523 mangsa kini dipindahkan ke 22 PPS.



"Di Besut, 17 PPS dibuka bagi menempatkan 463 mangsa daripada 155 keluarga berbanding hanya sembilan PPS bagi menempatkan 265 mangsa daripada 79 keluarga.



"Seramai 284 mangsa daripada 79 keluarga turut dipindahkan di lima PPS di daerah Kuala Terengganu manakala, 211 mangsa daripada 53 keluarga di daerah Kuala Nerus ditempatkan di enam PPS," katanya.



Che Adam berkata 10 PPS dibuka di Dungun bagi menempatkan 262 mangsa daripada 70 keluarga berbanding hanya tiga PPS membabitkan 60 mangsa daripada 19 keluarga.



Katanya, seramai 122 mangsa daripada 38 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Kemaman manakala, Hulu Terengganu yang merekodkan jumlah mangsa terendah hanya membuka satu PPS bagi menempatkan tiga keluarga membabitkan 16 mangsa.



Dalam pada itu, kawasan Sungai Lipis, Batu Malim di Raub melepasi tahap bahaya semalam, berikutan hujan lebat sejak kelmarin.



Menurut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 8.15 pagi semalam, paras air sungai itu mencatat bacaan 114.89 meter berbanding paras bahaya 114.80 m.



Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir musim tengkujuh di Pahang tahun ini, apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke PPS, awal pagi semalam.



Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Encik Sharulnizam Nasir, berkata hujan berterusan sejak 6 petang kelmarin, menyebabkan kawasan rendah di empat kampung di daerah itu dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.



"Operasi memindahkan mangsa dari Kampung Tersang, Kampung Batu Talam, Kampung Kuala Semantan dan Kampung Ulu Sungai bermula sekitar 1 pagi yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi keselamatan lain.



"Selain itu, bomba juga terbabit dalam operasi mengalihkan empat pokok tumbang di sekitar daerah Raub yang diakibatkan oleh angin kuat di Jalan Raub-Bukit Fraser, Taman Makmur dan Kampung Ulu Sungai," katanya.



Encik Shahrulnizam berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangkan cuaca masih hujan renyai dan mendung. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >