Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir kilat di lebuh raya Malaysia dek hujan lebat

Nov 16, 2016 | 10:03 AM



PETALING JAYA: Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Puchong, di Petaling Jaya, pada Selasa (15 Nov), dan kesesakan di jalan raya berhampiran pusat beli-belah IOI Puchong, di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP).



Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohd Sani Harul, berkata paras air mencapai 0.3 meter hingga 0.6 meter dan kawasan itu mula banjir pada 3.40 petang.



Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata pada 4.30 petang, banjir itu menyebabkan trafik arah ke Puchong Jaya perlahan, dengan hanya dua lorong di sepanjang lebuh raya itu boleh dilalui.



Pegawai komunikasi korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya, Encik Muhammad Ali Miswan, berkata air surut dengan cepat dan kawasan itu pulih pada 5.30 petang.



Tahun lepas, hujan lebat 20 minit menyebabkan sistem perparitan berhampiran pusat beli-belah itu melimpah dan membanjiri kawasan letak kereta. Kejadian sama berlaku pada 2013.



Video di Facebook menunjukkan air hampir menenggelamkan kenderaan di sebuah tempat letak kereta.



Dua kereta juga kelihatan terkandas di jalan raya, satu dengan pintunya terbuka dan satu lagi dengan lampu amaran menyala. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >