Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir kilat landa beberapa taman negara AS

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Seorang pendaki dihanyutkan dalam satu kejadian banjir kilat dan hujan lebat, dan masih belum ditemui, sedang ribut yang melanda hujung minggu lalu itu memaksa ratusan orang berpindah dari kediaman mereka.



Kejadian malapetaka cuaca terbaru itu melanda beberapa taman negara di Amerika Syarikat.



Hujan lebat telah mengakibatkan kekecohan di beberapa bahagian di Texas kelmarin dan ramalan kaji cuaca menjangka akan ada lebih banyak takungan air di seluruh bahagian selatan wilayah itu sepanjang minggu ini.



Pendaki yang hilang itu, Encik Jetal Agnihotri, masih belum ditemui hingga kelmarin dan beliau adalah di antara ramai pendaki yang terjejas.



Banjir melanda sejak Jumaat lalu, menenggelam seluruh kawasan Taman Negara Zion di Utah.



Taman itu juga dipanggil Narrows, terkenal dengan tebing batu merah dan gaung.



Seorang pendaki yang cedera terpaksa dibawa keluar ratusan meter ke hilir apabila banjir berlaku secara tiba-tiba.



Sementara pendaki yang lain terkandas di situ sehingga renjer tiba untuk menyelamatkan mereka.



Di Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico pula, sekitar 200 orang terpaksa dipindahkan setelah terkandas beberapa jam di situ akibat paras air yang terus naik.



Tiada yang cedera dalam kejadian di situ.



Banjir kilat itu berlaku selepas hujan lebat membanjiri kawasan di barat daya yang sebelumnya dilanda kemarau.



Kawasan pusat bandar Moab, di Utah itu juga dibanjiri air setinggi 1 meter, akhbar New York Times memetik jurucakap bandar itu sebagai berkata.



"Air mengalir deras dengan menghanyutkan banyak sampah dan serpihan kecil pohon," kata Cik Lisa Church, sambil menambah bahawa air sungai melimpah ke tebing di tiga buah kawasan.



Di beberapa tempat lain, rakaman foto menunjukkan kanak-kanak di Arizona sedang diselamatkan dari sebuah bas sekolah yang terkandas akibat banjir itu.



Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata bahagian utara Texas dijangka ditenggelami air minggu ini akibat hujan lebat.



Beberapa bahagian di wilayah Mississippi juga dijangka terjejas.



Bagaimanapun "hujan ini juga memberi manfaat dan dialu-alukan kerana setidaknya dapat mengatasi masalah kemarau," kata seorang pegawai agensi tersebut.



Amaran banjir kilat telah dikeluarkan sekitar Dallas kelmarin, dengan ramalan akan menjejas jalan-jalan raya.



Beberapa rakaman video menunjukkan banyak kenderaan ditenggelami air semasa mereka memandu di bandar itu pada waktu malam.



Kebanyakan kematian yang dilaporkan adalah kejadian dalam kenderaan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >