Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir terus jejas Thailand

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Hujan lebat sekali lagi melanda sebahagian besar Thailand kelmarin, menyebabkan banjir berterusan, khususnya di kawasan timur laut dan tengah.



Di wilayah timur laut Ubon Ratchathani, hampir 20,000 orang telah dipindahkan ke 85 tempat perlindungan sementara apabila air banjir menenggelamkan lebih 1,000 kampung, lapor Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana.



Dewan Perniagaan wilayah itu menganggarkan 5 bilion baht ($190 juta) kerosakan ekonomi akibat banjir, sedang penduduk mengadu mereka menerima sedikit bantuan mengharungi banjir, yang menyaksikan air menembusi kawasan bandar tengah.



Secara keseluruhan lebih 200,000 isi rumah di 54 wilayah telah dilanda banjir selama 10 hari sehingga Sabtu, menurut agensi bencana itu.



Banjir merupakan masalah bermusim di Thailand tetapi tahun ini ia telah diburukkan lagi oleh saki-baki Ribut Tropika Noru, yang melanda pada minggu terakhir September, dan monsun barat daya di Laut Andaman dan Teluk Thailand.



Pihak berkuasa baru-baru ini memberi amaran bahawa ibu negara, Bangkok, dan wilayah lain di sepanjang Sungai Chao Phraya boleh menghadapi ancaman teruk kerana jumlah air yang mengalir dari hulu lebih banyak daripada yang boleh terkandung di dalam sungai dan empangan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >