Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia: Syria alami kerosakan bernilai AS$5.1 bilion akibat gempa bumi

Mar 04, 2023 | 05:10 PM



BEIRUT: Bank Dunia berkata Syria mengalami kerosakan bernilai kira-kira AS$5.1 bilion ($6.9 bilion) akibat gempa bumi besar pada Februari yang melanda kawasan tenggara Turkey dan bahagian utara Syria.



Gempa bumi itu meragut sekurang-kurangnya 50,000 nyawa, termasuk sekitar 6,000 orang di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Puluhan ribu orang juga masih belum ditemukan manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal mereka.



Menurut satu laporan yang diterbitkan pada Jumaat (3 Mac), Bank Dunia berkata tahap kerosakan di Syria adalah sekitar 10 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara itu.



Wilayah utara Syria, Aleppo, merupakan daerah yang paling teruk terjejas dan mengalami kerosakan berjumlah sekitar AS$2.3 bilion, atau 45 peratus daripada jumlah kerosakan keseluruhan bagi Syria.



Kesan gempa bumi itu turut menjadikan masalah lain yang dialami Syria lebih teruk, dengan hampir setengah juta orang telah terbunuh ekoran perang sivil yang telah berlangsung di negara itu selama 12 tahun.



Bank Dunia bagaimanapun menarik perhatian bahawa masih ada banyak ketidakpastian dalam penilaian awalnya itu.



Ketua Bank Dunia bagi Timur Tengah, Encik Jean-Christophe Carret, berkata:



“Bencana ini akan menyebabkan kemerosotan dalam kegiatan ekonomi yang akan menjejas prospek pertumbuhan Syria.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >