NEW DELHI: Langkah memansuhkan wang kertas 500 dan 1,000 rupee akan menyebabkan keperitan jangka pendek bagi ekonomi India, tetapi bank-bank dijangka meraih manfaat daripada langkah itu dalam jangka panjang.
Bank-bank India menikmati aliran tunai yang meningkat sedang orang ramai beratur panjang untuk mendepositkan wang kertas 500 dan 1,000 rupee selepas pemerintah India mengumumkan memansuhkan wang kertas bernilai besar.