Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS DI SRI LANKA

Bank pusat Sri Lanka dapat tukaran asing bagi biaya keperluan asas

May 21, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Bank pusat Sri Lanka telah memperoleh pertukaran asing untuk membayar penghantaran bahan api dan gas memasak yang akan melegakan kekurangan yang dihadapi, kata gabenornya kelmarin.



Pengumuman itu dibuat sedang polis negara itu melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghalang penunjuk perasaan.



Kebanyakan stesen minyak Sri Lanka telah kering sedang ia menghadapi krisis ekonomi paling dahsyat sejak merdeka pada 1948.



Di beberapa pam di ibu kota Colombo, puluhan orang berdiri dalam barisan memegang bekas plastik, sedang tentera dalam peralatan tempur meronda di jalanan.



Penduduk berkata ramai orang duduk di rumah kerana kekurangan pengangkutan.



Ratusan pelajar yang membawa bendera hitam berarak di Fort, kawasan pusat Colombo, melaungkan slogan menentang pemerintah.



Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air berulang kali untuk menghalang mereka, menurut saksi Reuters.



Gabenor bank pusat, Encik P. Nandalal Weerasinghe, memberitahu sidang akhbar bahawa dolar yang mencukupi telah dikeluarkan untuk membayar penghantaran bahan api dan gas memasak, menggunakan sebahagian daripada AS$130 juta ($180 juta) yang diterima daripada Bank Dunia dan kiriman wang daripada warga Sri Lanka yang bekerja di luar negara.



Beliau berkata demikian selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah yang stabil dalam satu mesyuarat dasar.



Negara itu lebih stabil dari segi politik dan ekonomi, kata Encik Weerasinghe.



Ahli parlimen pembangkang, Encik Ranil Wickremesinghe, dinamakan sebagai perdana menteri minggu lalu dan beliau telah membuat empat pelantikan kabinet.



Bagaimanapun, beliau masih belum menamakan seorang menteri kewangan.



Inflasi boleh meningkat lagi ke 40 peratus dalam beberapa bulan akan datang, didorong sebahagian besarnya oleh tekanan dari segi bekalan.



Langkah-langkah oleh bank dan pemerintah telah mengekang inflasi dari segi permintaan, tambah Encik Weerasinghe.



Inflasi mencecah 29.8 peratus bulan lalu, dengan harga makanan naik 46.6 peratus tahun ke tahun.



Krisis ekonomi Sri Lanka berpunca daripada gabungan pandemik Covid-19 yang melanda ekonomi yang bergantung pada pelancongan itu, kenaikan harga minyak dan pemotongan cukai oleh pemerintah Presiden Gotabaya Rajapaksa dan abangnya, Encik Mahinda, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri minggu lalu.



Faktor lain termasuk harga bahan api domestik yang disubsidi secara besar-besaran dan keputusan melarang import baja kimia, yang menjejas teruk sektor pertanian.



Bank pusat itu berkata harga tenaga dan utiliti perlu disemak segera, dan penganalisis berkata keupayaan perdana menteri mendorong pembaharuan melalui Parlimen dan mengatasi kemarahan orang ramai adalah penting.



Encik Wickremesinghe, bercakap di Parlimen, berkata pemerintah sedang berusaha melepaskan enam penghantaran bahan api yang telah tiba di pelabuhan Colombo.



"Terdapat dua penghantaran petrol dalam kalangan mereka tetapi ini tidak akan menamatkan kekurangan," katanya, sambil menambah bahawa bekalan telah ditahan hanya sehingga pertengahan Jun.



"Matlamat kami sekarang adalah mengurangkan barisan dan mencari jalan memulakan rizab bahan api supaya, walaupun beberapa penghantaran terlepas, bahan api tersedia." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >