Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank terbesar Jerman, Deutsche Bank, akan hentikan 18,000 pekerja jelang 2022

Jul 09, 2019 | 05:30 AM



FRANKFURT: Bank terbesar Jerman, Deutsche Bank, akan memberhentikan 18,000 pekerja menjelang 2022 bagi penyusunan semula bank itu yang sedang menghadapi kemelut kewangan.



Pemberhentian pekerja itu adalah tambahan daripada 6,000 pekerja yang sudah diberhentikan setahun lalu.



Langkah itu akan mengurangkan kos tahunan sebanyak 6 bilion euro ($9.16 bilion) bagi tempoh yang sama.



Deutsche Bank bagaimanapun tidak memberikan pecahan geografi berhubung pemberhentian pekerjaan itu apabila rancangan tersebut diumumkan Ahad lalu.



Berdasarkan fakta di laman webnya, Deutsche Bank menggajikan sekitar 4,700 kakitangan di Sydney, Tokyo, Hongkong dan Singapura.



Pasukan perbankan pelaburannya bagi rantau Asia Pasifik adalah seramai 300 orang sebelum pemotongan itu dan 10 hingga 15 peratus akan diberhentikan.



Hampir kesemua daripada mereka yang terjejas adalah dari bahagian pasaran modal ekuiti, menurut seorang pegawai perbankan kanan Asia yang mempunyai maklumat secara langsung mengenai rancangan tersebut. 



"Hari ini, kami mengumumkan satu rombakan besar bank Deutsche dalam berdekad,'' kata ketua eksekutifnya, Encik Christian Sewing.



Penyusunan semula bank itu adalah langkah terakhir selepas rundingan bergabung dengan bank Commerzbank, gagal.



Deutsche Bank mengumumkan ia dijangka menghadapi kerugian 2.8 bilion euro bagi suku kedua.



Sejak empat tahun lalu, permodalan pasaran bank itu menjunam 75 peratus, menyebabkan ia menjadi sasaran untuk diambil alih oleh bank lain.



Bank Jerman itu melancarkan penstrukturan tersebut Ahad lalu di Eropah, sambil melakar satu rancangan yang akan pada akhirnya menelan kos 7.4 bilion euro dan menyaksikan ia secara mendadak mengimbangi bank pelaburannya.



Ini adalah pengunduran ketara setelah bertahun-tahun berusaha untuk bersaing sebagai sebuah kuasa hebat di Wall Street.



Sebagai sebahagian daripada langkah baik pulih itu, bank tersebut akan menggugurkan perniagaan ekuiti sejagatnya dan juga mengurangkan beberapa operasi pendapatan tetapnya - bidang yang secara tradisinya dianggap sebagai salah satu kelebihan Deutsche Bank.



Meskipun sebahagian besar daripada 18,000 pekerjaan itu sudah dijangka ramai akan menjejas Eropah dan Amerika Syarikat, pemotongannya pada Isnin juga memberi kesan kepada pejabat-pejabat dari Sydney ke Hongkong. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >